IBU kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarina Astillah meluahkan perasaan bahawa keluarga sentiasa bersama anak perempuannya walaupun ada pihak luar yang terus melukakan hatinya.
Malah, Zarina turut menitipkan pesanan untuk Bella kembali ke pangkuan keluarga.
“Pesan ibu, jika lelaki itu menyakitimu pulanglah ke pangkuan keluargamu. Mereka akan selalu ada untukmu,” katanya.
Zarina membuat perkongsian video di Instagram miliknya yang memaparkan Bella memeluk ahli keluarganya sambil menangis di lapangan terbang.
Apa yang menarik perhatian ialah titipan kata-kata Zarina di dalam video terbabit yang turut meruntun sebak di hati pengikutnya.
Terdahulu, media melaporkan Aliff ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita iaitu Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

