MCMC, Maktab PDRM jalin kerjasama pembangunan siasatan siber, narkotik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam pembangunan kapasiti berkaitan jenayah siber dan narkotik.

Kerjasama tersebut dimeterai dalam satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MCMC dengan Maktab PDRM, hari ini.

MoU tersebut ditandatangani Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Majlis menandatangani MoU itu turut disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Fahmi ketika berucap dalam majlis tersebut memaklumkan, kerjasama berkenaan akan memperkukuh pembangunan bakat khususnya dalam industri komunikasi dan multimedia seterusnya memacu ke arah ekonomi yang lebih mampan.

Baca artikel lain: MCMC lancar Cashless@PEDi di Felda Chemplak Barat, Segamat

Sementara itu, MCMC dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama yang dijalinkan itu akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek termasuk inisiatif pembangunan kapasiti berkaitan siasatan dan penguatkuasaan bersama silibus.

Katanya, MoU yang tidak terhad itu turut melibatkan penyediaan kepakaran iaitu pegawai MCMC atau pegawai PDRM sebagai pensyarah atau penceramah dalam latihan dan penyelidikan yang akan dilaksanakan berkaitan siasatan serta penguatkuasaan.

Selain itu, ia juga melibatkan penempatan silang dan rentas fungsi untuk pegawai kedua-dua agensi.

“MCMC juga komited dalam membantu menaik taraf capaian rangkaian di Maktab PDRM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“MCMC yakin penambahbaikan kepada liputan rangkaian dapat memberi manfaat kepada anggota-anggota polis terutama yang mengikuti latihan serta kursus di Maktab PDRM,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Risiko belanjawan gagal diluluskan punca PRN Negeri Sembilan diadakan

PAKATAN Harapan (PH) menyifatkan Negeri Sembilan berdepan risiko krisis pentadbiran sekiranya Belanjawan Negeri gagal diluluskan pada sidang Dewan Undangan...

More Articles Like This