Beri anak 16 bulan susu campur air syabu: Ibu tukar pengakuan kepada tidak bersalah

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG wanita yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan memberi minum anak lelakinya susu yang dibancuh dengan air mengandungi dadah jenis syabu, menukar pengakuan bersalahnya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini.

Suaminya pula mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula ke atas kedua-dua tertuduh pada prosiding sebutan kes itu di hadapan Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Tarikh sebutan pada hari ini sepatutnya bagi membacakan fakta kes dan jatuh hukum ke atas wanita berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh, Nabila Huda Fadli, 34, dan suaminya, Sofian Mustapa Zin, 40, didakwa secara bersama-sama telah melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan dengan memberi minum susu bercampur air yang mengandungi dadah berbahaya jenis ‘Metamphetamine’ sehingga kanak-kanak berkenaan mengalami ‘allegedsympathomimetic drug ingestion’.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kediaman apartmen di Taman Medan, Petaling Jaya sekitar jam 6 petang pada 19 Februari lalu.

Justeru kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala kedua-dua tertuduh masing-masing diwakili oleh peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zullkarnain Zulkafli.

Sebelum ini pada 28 Februari lalu, Nabila Huda yang juga merupakan suri rumah mengaku bersalah atas pertuduhan sama di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh manakala suaminya ketika itu mengaku tidak bersalah.

Hakim Dr. Syahliza membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 setiap tertuduh dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan selain melarang pasangan itu menganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.

Terdahulu media melaporkan sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki tersilap membancuh susu anak lelaki mereka dengan air yang mengandungi syabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar @ Ismail berkata, kejadian yang hampir meragut nyawa kanak-kanak berkenaan dikesan selepas menerima aduan daripada pihak Hospital Kajang pada 20 Februari lalu.

Katanya, kejadian yang menimpa ke atas kanak-kanak berusia 16 bulan itu disedari nenek bayi berkenaan yang menjaganya pada hari kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This