PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Berlin Station bagi menyampaikan ucaptama pada acara tahunan SME Future Day 2024 (Mittelstand).
Sebelum menyampaikan ucaptama pada acara SME terbesar di Jerman itu, Anwar bertemu Naib Canselor merangkap Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi dan Tindakan Iklim Robert Habeck.
Beliau disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Berlangsung di Berlin Station, SME Future Day yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW) itu menghimpunkan kira-kira 5,000 usahawan selain tokoh korporat serta figura penting kerajaan.
Baca artikel lain: Draf kerja Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023 telah dirangka – Azalina
Enam syarikat Malaysia turut mengambil bahagian dalam pameran yang diadakan sempena acara itu menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Syarikat terbabit ialah Marniq Bersatu Sdn Bhd, Primelux Energy Sdn Bhd, Ade Azhar Trading Sdn Bhd, 59Kopa Sdn Bhd, Marrybrown dan Old Town White Coffee.
Acara itu menyediakan platform untuk membina rangkaian serta mengadakan perbincangan antara pembuat keputusan dalam dunia korporat dan politik.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

