Kerajaan tidak berhasrat tutup TikTok, mana-mana media sosial

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN tidak berhasrat untuk menutup TikTok mahu pun mana-mana platform media sosial lain di Malaysia buat masa ini.

Jaminan itu diberikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (BN-Batu Pahat), Fahmi berharap kerjasama lebih baik dapat dijalinkan bersama penyedia platform media sosial.

Pada masa sama, kata beliau, beberapa langkah sedang dipertimbang bagi memastikan isu keselamatan penggunaan platform tersebut termasuk melibatkan kanak-kanak, bahan lucan dan penjualan produk tidak patut dapat ditangani lebih baik.

Fahmi menjelaskan, perkara itu akan dapat membantu ekonomi negara dan rakyat menerusi penggunaan platform-platform sedemikian.

“Kita mengambil maklum ada sejumlah negara seperti India contohnya telah menutup TikTok sejak lima atau enam tahun lalu.

“Di China pula, TikTok tidak wujud langsung tetapi menggunakan aplikasi berbeza iaitu Douyin.

“Kalau di Amerika Syarikat (AS) pula, isunya lebih kepada aspek pemilikan data, bukan kepada aplikasi semata-mata. Pemilikan itu yang dipersoal di AS.

“Kalau kita lihat di antara negara-negara ini dengan penyedia platform, mungkin ada aspek lain atau senario berbeza yang ingin mereka tangani,” katanya.

Onn bertanyakan pendirian kerajaan sama ada berhasrat menutup TikTok atau mana-mana sosial media lain seperti dilakukan beberapa negara lain.

Baca artikel lain: KPM, Kementerian Komunikasi berbincang pemilikan akaun TikTok kanak-kanak

Sementara itu, Fahmi memaklumkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools bagi memantau kandungan dalam talian yang dilihat oleh anak-anak.

Beliau berkata, Parental Control Tools itu membolehkan ibu bapa menapis, mengehadkan dan menyekat kandungan yang dilihat serta aktiviti anak-anak dalam talian, dan ibu bapa atau penjaga juga boleh menggunakan perkhidmatan perisian lain bagi tujuan sama.

Beliau berkata lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan ialah CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan TIME.

“Kebanyakan penyedia platform media sosial juga mempunyai had umur pengguna akaun dengan hanya mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan membuka akaun media sosial.

“Bagi memastikan syarat ini dipatuhi, ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka. Ini kerana kanak-kanak masih boleh mendapat manfaat kandungan positif dengan melayari media sosial bersama-sama ibu bapa atau penjaga,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan asal Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang ingin tahu mengenai langkah-langkah yang diambil kementerian bagi memastikan anak-anak bawah 15 tahun diharamkan memiliki akaun sosial media, agar mereka tidak mengikuti trend yang tidak baik di platform berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This