KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) bersama Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan kajian bagi menubuhkan Suruhanjaya Pekerja Gig.
Menteri berkaitan, Steven Sim berkata, laporan berkaitan kajian yang dihasilkan akan dibentang kepada Kabinet dalam tiga bulan akan datang.
“Selepas pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, KESUMA bertindak segera mengambil tindakan susulan.
“Kita berada dalam peringkat kajian bersama Universiti Malaya dan satu laporan interim akan dibentang kepada Kabinet dalam tempoh tiga bulan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif Caruman Percuma Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di sini, hari ini.
Baca artikel lain: Kerajaan tidak berhasrat tutup TikTok, mana-mana media sosial
Sebelum ini, Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal, berkata, penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig diharap berupaya menyelesaikan isu serta menjamin kebajikan kumpulan penghantar dan pemandu yang menggerakkan industri terbabit.
Katanya, suruhanjaya itu diharap dapat menyelesaikan isu berkaitan caruman simpanan secara holistik kerana ramai kalangan penggiat ekonomi gig tiada langsung tabungan hari tua.
“Ramai antara mereka terbabit dalam ekonomi gig selama enam hingga tujuh tahun, namun apa yang membimbangkan mereka tiada simpanan dan ia pastinya membuatkan kehidupan masa depan sukar.
“Jadi kita harap suruhanjaya itu berkuasa memastikan majikan atau pemilik platform tempat pekerja gig diwajibkan mencarum pada nilai yang akan ditentukan kelak.
“Dengan penetapan itu, ‘majikan’ tidak terlepas memikul tanggungjawab mencarum kepada penggiat industri gig yang selama ini bertahun-tahun mencurahkan tenaga dan keringat sehabis daya mereka,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

