Pembangkang pertikai kefasihan bahasa Melayu King Sing

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEBERAPA ahli Parlimen pembangkang bangkit mempertikai kefasihan bahasa Melayu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing semasa sesi penggulungan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Perkara itu pada asalnya diperkatakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang mendakwa tidak memahami penjelasan King Sing.

Pada masa sama, Mas Ermieyati meminta supaya Ahli Parlimen Bintulu itu memberi penerangan dengan jelas bagi mengelakkan daripada fakta yang mengelirukan.

Beliau turut mendakwa beberapa ahli Parlimen lain juga tidak memahami apa yang diperkatakan King Sing.

“Yang Berhormat (YB) cakap betul-betul. Saya tak berapa jelas. Sebab bukan saya saja (tak faham) tapi ramai yang tak jelas. Cakap bahasa (Melayu) jelas sikit YB. Takut mengelirukan dewan,” katanya.

Namun begitu, King Sing kemudiannya membalas untuk memberi jawapan bertulis dan tidak meneruskan jawapan yang disoal Mas Ermieyati.

Mas Ermieyati seterusnya mendesak supaya King Sing memberikan jawapan lisan dan tidak mahu secara bertulis.

Seterusnya, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) juga bangun mempersoalkan kefasihan bahasa Melayu King Sing.

“Speaker, macam mana kita nak faham. Bahasa Melayu teruk. Kita tanya lain dia (menteri) jawab lain.

“Dia bercakap pun kita tak faham,” katanya.

Tindakan Rosol itu bagaimanapun ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong kerana mencelah tanpa membangkitkan Peraturan Mesyuarat.

Baca artikel lain: Penggunaan teknologi AI, Payung Rahmah tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Isu tersebut berterusan selepas seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menggantikan Alice apabila Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) pula bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat 38(3).

Beliau meminta supaya Ramli menghentikan penggulungan King Sing kerana mendakwa tidak faham dengan penjelasan diberikannya.

“Peraturan Mesyuarat 38(3), saya ingat Datuk Yang Dipertua (Dewan Rakyat) berhentikan (penggulungan oleh menteri) sebab kami tak faham apa yang dibacakan.

“Isunya, apa yang dibentangkan oleh menteri kami pun tak faham. Mungkin dia sendiri pun tak faham bahasa Melayunya.

“Saya minta Yang Dipertua supaya menteri tak payah menggulunglah sebab kami tak faham bahasa yang digunakan. Jadi lebih baik suruh pegawai tulis jawapan bertulis dengan bahasa yang boleh semua faham,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli menyangkal dakwaan itu dengan mengatakan beliau memahami penjelasan diberikan King Sing.

“Saya faham. Macam mana YB tak faham. Jadi saya minta selepas menteri berucap, bawa benda ini (jawapan bertulis) kepada pembangkang,” katanya.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) turut sependapat dengan Ramli dengan mengatakan Ahli Parlimen Pendang itu sengaja membuang masa.

“Sebetulnya Pendang buang masa. Buang masa menteri. Saya faham saja apa yang menteri cakap. Kenapa pula dia tak faham. Ini tidak patut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tarikh penting PRN Johor, Negeri Sembilan diketahui hari ini

TARIKH-TARIKH penting dan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan diketahui hari ini. Ia akan diumumkan...

More Articles Like This