Sudah banyak peluang diberikan akhirnya Bella Astillah tuntut cerai, Aliff Aziz tak muncul di mahkamah

Dari Penulis

SELEPAS pelbagai siri kemelut rumah tangga, akhirnya Bella Astillah membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya, pelakon Aliff Aziz sebagai jalan terbaik buat mereka.

Menurut peguam yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais, Bella telah membuat permohoonan perceraian pada isnin secara ekspres.

“Kes hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian. Pihak kami failkan cerai pada Isnin secara ekspres. 

“Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.

“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. 

“Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya memetik laporan OhBulan! ketika ditemui pemberita di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,30, nekad untuk berpisah setelah banyak peluang diberikan kepada Aliff.

“Sebenarnya, saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Saya rasa memilih ini (cerai) adalah yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.

“Patutnya dia hadir pada hari ini (Rabu). Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai. 

“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar.

“Peluang demi peluang sudah saya berikan kepada Aliff. Apa pun dia tetap ayah kepada anak-anak saya. 

“Saya juga sudah cakap dengan dia nak berpisah cara baik. Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. Cinta tak semestinya memiliki,” luahnya.

Terdahulu, Aliff ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara atas dakwaan berkhalwat.

Sumber: OhBulan!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This