SEBUAH jenama produk kecantikan Korea iaitu Kitsui meraih perhatian ramai apabila bertindak menyunting wajah Ruhainies dalam sebuah video yang merupakan salah seorang duta bagi kempen iklan Ramadan mereka.
Menerusi video berdurasi sembilan saat itu, muka Ruhainies disunting dengan ‘pixel’.
Malah, meneusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak produk tersebut, penggambaran iklan Ramadan yang berlangsung pada Disember tahun lalu itu turut menggabungkan dua lagi artis terkenal iaitu Wany Hasrita dan Hisyam Hamid.
Pemilihan mereka termasuk Ruhainies sudah dilakukan secara teliti sejak Oktober tahun lalu.
Difahamkan, Kitsui bertindak untuk tidak memaparkan wajah Ruhainies susulan kes dicekup berkhalwat dengan Aliff Aziz oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah, Sabtu lalu.
“Berhubung dakwaan ditangkap khalwat yang dihadapi salah seorang pelakon, Kitsui berharap ia tidak memberi kesan kepada tayangan iklan itu kerana rakaman sudah siap dirakamkan pada Disember tahun lalu dan melibatkan 100 kru produksi bagi menjayakan iklan ini,” menurut kenyataan rasmi Kitsui.
Kitsui menegaskan tidak menyokong perbuatan yang membabitkan Ruhainies sepanjang iklan produk mereka ditayangkan kepad umum.
Tindakan jenama tersebu turut mendapat respon positif netizen yang menyokong wajah Ruhainies perlu ditutup kerana memberi imej tidak baik kepada produk terbabit.
“Terbaik Kitsui. Tak pernah nampak lagi iklan macam ni.
“Hahaha pedihnya jadi si ‘censored’. Sapa suruh malam-malam ajak makan.
“Pedih Ruhainies tengok iklan ni. Muka kena blur.
“Okay kalau macam ni, memang kena sokong beli produk Kitsui lah,” komen netizen di TikTok.
Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah, di ibu negara.
Walaupun Ruhainies dan Aliff Aziz sudah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut, namun ramai yang mula menjalankan kempen untuk memboikot mereka.

