PENYANYI Datin Alyah meluahkan rasa syukur kerana pada usia 40-an masih lagi mendapat kepercayaan untuk bergelar duta kepada produk kosmetik.
Biarpun ramai selebriti wanita lain yang ada dalam industri, namun Twomee percaya dengan pengaruh yang dimiliki Alyah untuk mengemudi produk berasaskan kecantikan itu mendapat tempat di hati pengguna.
“Saya bersyukur sebenarnya kepada Datuk Suraya iaitu pengasas Twomee kerana dalam ramai selebriti wanita, saya yang jadi pilihan mereka.
“Terima kasih sebab sudi bekerjasama walaupun kat luar sana banyak persaingan tapi inilah rezeki untuk saya pada tahun ini.
“Saya bertanggungjawab untuk bantu jenama ini dapat sambutan di pasaran. Lagi pula saya seorang penghibur yang sering berhadapan dengan orang ramai jadi memerlukan saya untuk jaga penampilan,” katanya kepada URTV.
Ujar pemilik nama penuh Noor Hasliah Abu Hasan,43, itu lagi, walaupun ditawarkan untuk menjadi duta namun dia tetap akan mencuba sesuatu produk sebelum menyatakan persetujuan.

“Sebelum nak jual dekat orang dan saya setuju jadi duta, mestilah saya akan cuba dulu rangkaian produk yang mereka ada.
“Macam Makeup Based 3 Dalam 1 ni, amat sesuao dengan kulit muka saya. Ia juga menjalani banyak proses penyelidikan sebelum benar-benar yakin untk di jual.
“Bila sesuai dengan kulit wajah saya, sudah tentu saya lebih yakin nak syorkan kepada orang luar.
“Bukan setakat nak bersolek saja tapi produk ini turut merawat kuit kita lebih-lebih bagi mereka yang ada masalah kulit wajah,” jelasnya.
Sementara itu, Suraya yang cukup menyenangi dengan keramahan penyanyi Thank You Allah itu menjadi faktor mengapa dia tanpa ragu-ragu menawarkan peluang bergelar duta Twomee.

“Saya kenal Alyah sewaktu dia menjadi artis undangan untuk majlis perkhawinan saya.
“Bila selesai majlis, saya tengok dia sangat ramah dengan semua orang walaupun tetamu yang datang itu bukan kenalan dia.
“Itulah antara sebab kenapa kami bekerjasama dan harapnya ia akan memberi impak yang baik untuk kedua-dua pihak,” jelasnya.
Twomee menggunakan bahan-bahan semula jadi yang digunakan diimport dari luar negara antaranya ialah Petroleum yang dapat mencegah punca kehilangan kelembapan pada kulit.
Selain itu, bahan seperti Helichrysum merupakan herba yang dapat mencegah penuaan kulit, menghalang keradangan kulit dan sangat membantu kulit yang bermasalah.
Manakala, Snow Mushroom digunakan sebagai agen kelembapan yang berkesan tiga kali ganda lebih baik dari Hyaluronic Acid.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

