Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen – Fadillah

Dari Penulis

KETUA Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata perbincangan yang melibatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, sepatutnya diadakan pada Selasa lepas.

“Sepatunya Selasa lepas, semua wakil parti iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS), Datuk Hamzah dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Bersatu), tapi mereka minta tangguh kerana Takiyyudin ada urusan penting di Kota Bharu.

“Jadi mungkin minggu depanlah, (tarikh) belum ada lagi sebab tunggu mereka tetapkan. Saya sebelum ini memang dah tetapkan Selasa lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al-Hidayah, Petra Jaya, hari ini.

Fadillah berkata perbincangan berkenaan, akan turut memperincikan permohonan pihak pembangkang kepada kerajaan termasuklah sebarang bentuk kerjasama yang boleh terjalin antara kedua-dua pihak.

Baca artikel lain: Anak-anak bergelar yatim, yatim piatu akibat pandemik masih trauma – Ismail Sabri

“(Selepas itu) Barulah saya akan bentangkan kepada kerajaan untuk dibincangkan, kemudian barulah berlaku perundingan,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah menafikan dakwaan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mengatakan kawasannya belum menerima sebarang peruntukan.

“Peruntukan kepadanya sebagai Ahli Parlimen belum ada, tetapi peruntukan di kawasan Parlimen ada. Dia (Syed Saddiq) baru jumpa saya dua kali… (Namun) Saya nak bincang dengan ketua pembangkang (Hamzah) dahulu,“ katanya.

Pada Khamis, Syed Saddiq dilaporkan berkata demikian dalam pemberitahuan pertanyaan lisan Dewan Rakyat seperti disiarkan di laman web Parlimen.

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu turut mendakwa, beliau sudah tiga kali berunding berkaitan perkara itu dengan Timbalan Perdana Menteri.

Bagi menjawab soalan berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dalam jawapan bertulis berkata lebih RM300 juta disalurkan menerusi pelaksanaan puluhan projek di Parlimen Muar.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rosmah diperintah bayar RM67.5 juta kepada tukang emas mewah Lubnan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat tukang emas mewah...

More Articles Like This