ANAK-anak yang bergelar yatim atau yatim piatu akibat COVID-19 masih lagi merasai trauma kesan daripada pandemik tersebut meskipun sudah dua tahun berlalu.
Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia (YKM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka ini tidak boleh dibiarkan bersendirian dan perlu dibantu bagi mendepani situasi sukar.
“Biarpun sudah dua tahun berlalu, kesan pandemik ini masih terasa. Ada di antara anak-anak ini masih trauma.
“Anak-anak ini tidak boleh dilupakan. Mereka masih memerlukan bantuan, bagaimanapun YKM tidak mampu melakukannya bersendirian.
“Kami menyeru golongan korporat dan orang ramai untuk bersama-sama membantu anak-anak ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu berbuka puasa dan menyerahkan Bantuan YKM kepada 109 anak-anak yatim COVID-19 di Hotel IDEAS, Kuala Lumpur.
Ia merupakan simbolik kepada permulaan penyaluran Bantuan YKM bagi tahun 2024 yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YKM, Datuk Ruhaidini Abd Kadir dan rakan-rakan media.
Baca artikel lain: PRN Sabah: UMNO perlu mencari rakan untuk menang – Bung Moktar
Anak-anak tersebut turut dibawa untuk membeli baju raya di SOGO Kuala Lumpur sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.
YKM memperuntukkan sebanyak RM1.27 juta untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu akibat pandemik COVID-19.
Peruntukan tersebut disalurkan melalui dua bantuan iaitu Bantuan YKM dan Bantuan Persekolahan.

Bantuan YKM melibatkan dua kategori iaitu kategori A dari usia sehari sehingga 15 tahun, menerima sumbangan sebanyak RM2,000.
Manakala, kategori B membabitkan anak-anak berusia 16 tahun sehingga tamat ijazah sarjana muda pertama, menerima sumbangan sebanyak RM2,500.
Bantuan YKM akan dikreditkan terus ke akaun penerima dalam tiga fasa iaitu pada 20 Mac ini, Julai dan November.
Ketika sesi persekolahan dibuka baru-baru ini, pihak Yayasan telah menyalurkan Bantuan Persekolahan sebanyak RM300 kepada setiap penerima.
Ia membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM176,700 dan 589 penerima.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

