Pemuda ini cipta sejarah jadi atlet taekwondo Palestin pertama layak ke Olimpik Paris 2024

Dari Penulis

ATLET taekwondo Palestin, Omar Yaser Ismail telah mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama negara itu layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Omar yang berusia 18 tahun, berjaya melayakkan diri pada hari kedua Kejohanan Kelayakan Asia Sukan Olimpik Paris 2024.

Dia mencipta sejarah sebagai rakyat Palestin pertama yang layak secara langsung dalam mana-mana acara sukan tempur Olimpik.

Pertandingan kelayakan Asia berlangsung pada 15 hingga 16 Mac di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Taishan di Tai’an, China.

Menerusi pengkongsian di platform Instagram miliknya, Omar mengungkapkan perasaan bangga dan kegembiraannya atas pencapaian ini.

Baca artikel lain: Kerajaan nafi tawar CSA kepada pembangkang – Fadillah

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada jurulatih yang hebat dan Persekutuan Taekwondo Palestin atas sokongan mereka yang luar biasa

“Sangat bangga dan gembira untuk mengatakan bahawa saya berjaya sejauh ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Omar juga menyatakan ia merupakan peluang seumur hidup untuk merangkul pingat olimpik.

“Peluang seumur hidup dan kini selangkah lebih dekat dengan pingat olimpik.

“Alhamdulillah,” luahnya menerusi kapsyen di Instagram miliknya.

Meskipun musibah yang menimpa negaranya, Omar tetap gigih dalam perjuangan dan terus membanggakan tanah airnya.

Kejohanan kelayakan Taekwondo Oceania Paris 2024 dijadualkan berlangsung pada 6 April, di Honiara, Kepulauan Solomon.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This