MAYAT seorang lelaki ditemui lemas di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31 pada pukul 8.20 pagi tadi selepas kira-kira lapan jam usaha mencari dijalankan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mayat dijumpai dalam jarak lima meter dari tempat kejadian.
“Polis menerima maklumat berkenaan kejadian ini kira-kira pukul 12.25 tengah malam daripada orang awam memaklumkan ada seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Kota Kemuning.
“Usaha mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh pihak bomba dari Balai Bomba Seksyen 15 dengan kekuatan seramai 11 anggota,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan disyaki sebagai warganegara asing.
“Si mati dipercayai di bawah pengaruh alkohol kerana terdapat beberapa botol arak telah ditemui di tempat kejadian,” katanya lagi.
Jelas beliau, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk post-mortem bagi mengetahui punca kematian.
“Siasatan dijalankan di bawah kes mati mengejut. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

