UMNO Sabah menjangkakan tidak mampu membentuk kerajaan negeri secara sendirian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan, UMNO memerlukan rakan untuk berganding bahu dalam perjuangan memenangi PRN itu kelak.
“Saya selalu menyatakan, dalam ucapan pun jelas bahawa kita mesti (bekerjasama) sebab tidak ada jalan lagi satu-satu parti bertanding dan mendapat kemenangan secara mutlak, tidak ada.
“Sudah tentu kita akan mencari rakan kita dalam pilihan raya akan datang tetapi itu belum kita putuskan, kita nilai dulu, kita tapis dulu, kita analisis sebab dalam politik ini apabila kita salah membuat keputusan maka sudah untuk diundur balik ia memakan masa lima atau 10 tahun.
Baca artikel lain: Kerajaan akan umum pendekatan baharu untuk manfaat Felda – Ahmad Zahid
“Jadi kita tidak boleh lagi melakukan kesilapan yang lalu, Insya-ALLAH kita akan ada rakan dalam memperjuangkan pilihan raya akan datang,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan untuk kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan).
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Zon 2 UMNO Sabah di Masjid Al-Hilal, Kampung Contoh, malam tadi.
Diminta mengulas lanjut mengenai keputusan yang konkrit mengenai kerjasama itu, beliau mengakui ada melakukan pertemuan dengan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Pertemuan rasmi, tidak rasmi ada. Kita selalu (bertemu) di Parlimen, selalu berjumpa dalam mana-mana program dan kita duduk berbincang tetapi perbincangan dengan keputusan itu berbezalah. Keputusan konkrit belum ada,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

