‘Sepatutnya MCA tegur KK Mart, bukannya jadi pembela membabi buta’ – Puad

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SETIAUSAHA Agung MCA, Chong Sin Woon didakwa cuba memandai-mandai menjadi pembela kepada kedai serbaneka KK Mart.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, dakwaan Sin Woon bahawa boikot terhadap KK Mart adalah membabi buta dan semborono menambah sakit hati pengguna umat Islam.

Katanya lagi, ini bukan masalah memperbesarkan isu tetapi ia soal agama dan menghina umat Islam iaitu pelanggan utama KK Mart.

“Apa maksud Setiausaha Agung MCA bahawa tindakan boikot itu menyebabkan negara jadi mangsa? Mana lebih berat jika berlaku huru-hara berbanding boikot.

“Sekurang kurangnya tidak ada kedai KK Mart dibakar seperti apa yang berlaku di negara lain jika sensitiviti agama tidak dijaga.

Baca artikel lain: LTdL kembali ke Langkawi, pertama kali ke bumi Kenyalang

“Sepatutnya MCA menegur KK Mart dan bukannya jadi pembela membabi buta kepada KK Mart. Hormati kuasa pembeli umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Sin Woon dilaporkan meminta Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya tidak memperbesarkan isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ yang dijual di KK Mart.

Katanya, Muhammad Akmal juga tidak sepatutnya membuat gesaan supaya umat Islam memboikot kedai serbaneka berkenaan, kerana tindakan secara semberono itu hanya akan merugikan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This