Hampir 5.6 juta individu daftar, kemas kini maklumat sejak PADU dilancarkan – Rafizi

Dari Penulis

SERAMAI 5,692,196 juta individu ataupun 25.9 peratus populasi Malaysia telah mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sejak ia dilancarkan setakat semalam.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata berbaki dua minggu lagi, kerajaan masih bertungkus-lumus melakukan pelbagai program promosi dan hebahan bagi meningkatkan jumlah pendaftaran dalam sistem itu sebelum ia tamat pada 31 Mac ini.

“Usaha akan terus dipergiat bagi memastikan lebih ramai rakyat mendaftar dan mengemas kini maklumat mereka agar tiada yang tertinggal untuk menerima bantuan disediakan oleh kerajaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang meminta penjelasan berkaitan perkembangan sistem PADU dan jumlah pendaftaran setakat ini.

Rafizi juga berkata melalui sistem PADU, inclusion dan exclusion error dapat dikurangkan apabila data dikemas kini serta diverifikasi oleh rakyat terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan atau penentuan kelayakan dilaksana.

Kepada soalan tambahan Mujahid mengapa kerajaan tidak menggunakan data sedia ada yang diperoleh daripada e-Kasih atau Sumbangan Tunai Rahmah, beliau berkata setiap jabatan dikawal oleh akta masing-masing yang tidak membenarkan perkongsian data.

“Buat masa sekarang, kita menggunakan perjanjian perkongsian maklumat di antara jabatan-jabatan sementara kita menunggu Akta Omnibus (digubal) yang membolehkan perkongsian data ini dengan semua jabatan kerajaan dibentangkan oleh Kementerian Digital di Parlimen tahun ini,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This