Remaja warga Indonesia mengaku salah rompak telefon pintar bernilai RM800

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG remaja warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan ke atas seorang lelaki di tangga sebuah hotel, pada hujung tahun lalu.

Tertuduh, Shahrul, 18, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan penjatuhan hukuman ke atas tertuduh pada tarikh sementara menunggu fakta kes dan laporan akhlak tertuduh disediakan kepada mahkamah.

Sementara itu, rakan sejenayahnya yang turut didakwa atas pertuduhan sama, Adam Azrel Mhtamin, 20, mengaku tidak bersalah di hadapan hakim sama.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama-sama telah melakukan rompak berkumpulan ke atas seorang lelaki warga Bangladesh sehingga mengakibatkan kerugian melibatkan sebuah telefon pintar jenama Oppo bernilai RM800.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tangga sebuah hotel di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling di Brieckfields, Kuala Lumpur sekitar jam 11.20 malam pada 27 Disember 2023.

Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latif tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Kedua-dua tertuduh memohon jaminan yang minima memandangkan masing-masing menanggung ahli keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 ke atas setiap tertuduh selain menetapkan tarikh sebutan 22 April depan bagi penjatuhan hukuman ke atas Shahrul manakala sebutan kes bagi Adam Azrel.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This