“Jarang ada yang guna istilah ‘tanned ‘skin selalunya ‘hitam’ untuk orang berkulit gelap” – Haneesya Hanee ulas video tular wanita buat konten kena hina

Dari Penulis

PELAKON dan model, Haneesya Hanee mengulas video tular tentang seorang wanita yang di hina hanya disebabkan berkulit gelap, 

Menurut Haneesya atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan,24, video tersebut dianggap bahan kandungan media sosial selain menyifatkan situasi tersebut tidak benar jika dikaitkan dengan kehidupan harian. 

Ini kerana dalam kehidupan sebenar, jarang untuk menggunakan istilah “tanned skin” bagi menghina individu kulit hitam, tetapi lebih kerap menggunakan istilah “hitam”.

“Bagi saya, ini memang untuk konten semata-mata. Saya cuma nak cakap konten yang adik ini nak buat bagus.

“Sebab realiti bagi orang kulit gelap memang banyak kena kutuk, sindir, hina kena caci, tapi cara adik ni buat konten tak kena sebab nampak sangat tak betul.

“Kalau awak nak buat konten kena betul, sebab yang betulnya orang tak cakap ‘eh Haneesya kau tu dah la tanned skin’. 

“Selalunya orang akan cakap hitam, kulit macam arang, macam kicap,” katanya.

Katanya, sepanjang 24 tahun hidup, dia sering diejek dengan istilah ‘hitam’ yang kerap digunakan berbanding ‘tanned skin’

Pada masa sama, Haneesya turut mempersoalkan sikap masyarakat hari ini yang sering menjadikan individu berkulit gelap sebagai mangsa kutukan. 

“Sepanjang 24 tahun saya hidup, tak pernah lagi dengar orang nak mengutuk panggil ‘tanned skin’, dia akan guna perkataan hitam. 

“Tak tahu apa masalah rakyat Malaysia ni, kalau hitam mungkin kotor, geli, jijik, nampak jahat.

“Sebab kalau tengok di televisyen pun watak jahat semua kulit hitam, aku pun selalu dapat watak-watak jahat,” luahnya menerusi video di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Haneesya turut menitipkan pesanan kepada mereka yang dilahirkan berkulit gelap untuk menganggap semua kejian itu sebagai gurauan bukan penghinaan.

“Kepada semua yang berkulit ‘tanned skin’ atau gelap, awak semua cantik. Jadi jangan pedulikan apa orang cakap tentang awak sebab kadang-kadang orang boleh jadi jahat.

“Tidak bermakna semua kena ambil serius, anggap sahaja ia sebagai gurauan supaya awak semua tidak tertekan,” ujarnya lagi. 

Sebelum ini, Haneesya juga mempunyai isu tentang warna kulit sehingga terpaksa membuat laporan polis selepas netizen menyamakannya dengan Hajarul Aswad.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This