SEORANG pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara yang menemui satu beg berisi wang tunai RM500,000 dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa diberi penghargaan daripada majikannya, A5 Security Service.
A5 Security Service dalam hantaran di Facebook memaklumkan, pengawal keselamatan itu iaitu Sherpa Dawa, 39, diberi penghormatan atas integriti dan kejujuran yang luar biasa.
Menurut syarikat tersebut, komitmen yang tidak berbelah bahagi ditonjolkan Dawa iaitu seorang warga Nepal terhadap tugas tidak akan dipandang remeh.
“Baru-baru ini, Dawa telah menemui sebuah beg berisi wang yang ditinggalkan tanpa pengawasan dan segera melaporkannya, menunjukkan rasa tanggungjawab serta integriti sebenar.
“Tindakan beliau menunjukkan nilai yang kami pegang dan piawaian tinggi yang kami usaha untuk kekalkan di syarikat ini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Jumpa beg berisi lebih RM500,000, pengawal keselamatan serah pada polis
Mengulas lanjut, A5 Security Service berkata, tindakan Dawa itu menjadi contoh terbaik kepada semua pihak supaya berpegang kepada kepentingan integriti dan melakukan perkara yang betul walaupun dalam situasi mencabar.
Syarikat tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada Dawa atas dedikasi dan kejujurannya.
Kelmarin, seorang pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka bagasi yang ditemui di tempat meletak kenderaan di premis berkenaan berisi wang tunai melebihi RM500,000.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira pukul 8 pagi, Rabu lalu.
Hasil pengiraan mendapati begi itu berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

