“Dia hadap semua kesakitan bertahun-tahun” – Wani Kayrie faham derita yang ditanggung Bella Astillah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

WALAUPUN tidak memahami asam garam alam rumah tangga, namun sebagai wanita, penyanyi Wani Kayrie akui cukup terkesan dan bersimpati dengan dugaan yang terpaksa ditempuh sepupunya, Bella Astillah.

Wani atau nama lengkapnya Syazwani Abdullah,24, berkata, sebagai ahli keluarga yang membesar bersama, dia berharap doanya itu menjadi senjata terbaik untuk beri kekuatan kepada Bella.

“Berkenaan dengan hal itu sebenarnya secara peribadi saya tak nak komen apa-apa walaupun sebab saya hormati masalah dia sendiri. Walaupun saya tahu apa yang dilalui sepanjang kita pernah sertai program realiti, Famili Duo sebelum ini.

“Saya tiada hak bersuara sebab belum berkahwin dan tak  tahu turun naik dalam rumah tangga macam mana. Tapi apa yang boleh saya kata adalah yang saya kasihan dengan dia…saya kasihan dengan apa yang dia perlu hadap, simpan selama bertahun-tahun ini. B

“Tapi pada masa sama, saya tak boleh menghakimi mana-mana pihak sebab saya hanya dengar di sebelah pihak dia saja (Bella).

“Ketika isu tersebut sedang ‘panas’, saya cuma mesej dia ‘surface’ saja sebab saya tak nak kacau dalam-dalm. Saya kata dengan dia harap isu rumah tangganya dipermudahkan,” katanya kepada URTV.

Wani berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single raya berjudul Balik Raya bersama Indah Ruhaila dan Nadeera di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelantun lagu Jangan Terlepas Pandang itu mendedahkan kali terakhir bertemu dengan Bella ialah pada awal tahun dalam sebuah acara.

“Kali terakhir saya dan Bella berjumpa ialah pada awal tahun ini selebihnya hanya berhubung melalui telefon saja.

“Yang terbaharu, saya ada WhatsApp dia ucap selamat hari lahir sebab kebetulan tarikh lahir kami dekat-dekat. Itulah, rasa kesal jugalah sebab isu itu berlaku beberapa hari sebelum hari jadi Bella.

“Mesej ringkas saja sekadar mendoakan yang baik-baik untuk kami. Bella pun ada balas mesej saya dan dia ucapkan terima kasih untuk semuanya kepada saya,” kongsinya.

Terdahulu, nama Bella menjadi bualan hangat dalam media sosial sejak 9 Mac lalu selepas suaminya, penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies di sebuah kondominum mewah di ibu negara.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudiannya memfailkan permohonan cerai secara ekspres dua hari selepas insiden tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This