“Ada gaya pramugara” – Amy Search buat pengumuman keselamatan penerbangan, hujung-hujung ‘phewitt’ paling ‘mahal’!

Dari Penulis

VOKALIS kunpulan Search, Datuk Amy Search menarik perhatian warganet apabila video dirinya sedang membuat pengumuman keselamatan dalam sebuah pesawat, tular di media sosial.

Amy atau nama penuhnya Suhaimi Abdul Rahman,66, difahamkan berada dalam penerbangan dari Terengganu ke Kuala Lumpur.

Menerusi video berdurasi 52 saat yang dikongsikan oleh gitaris Search iaitu Hillary Ang,62, di akaun Instagram, semua penumpang yang berada dalam pesawat tambang murah itu bersorak kegembiraan mendengar pengumuman yang dibuat oleh Amy.

“Ketua penerbangan Air Asia yang baharu, Amy Search membuat pengumuman untuk penerbangan kami pulang dari Terengganu,” tulis Hillary menerusi kapsyen di video berkenaan.

Apa yang membuatkan ramai terhibur apabila di akhir pengumuman, Amy sempat menyelitkan ‘trademark’ yang sudah sebati dalam karier seninya iaitu ‘phewitt’. 

Di kesempatan itu juga, Amy turut mengucapkan terima kasih kepada Air Asia untuk sokongan mereka.

Tujuan mereka ke Terengganu adalah bagi menjalani penggambaran lagu raya terbaru berjudul Sujud Aidilfitri. 

Amy juga menyatakan lagu tersebut akan dilancarkan tidak lama lagi dan meminta orang ramai untuk mendengarnya. 

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Air Asia atas sokongan. Kami ke Terengganu ini dalam penggambaran lagu hari raya kami yang baru, berjudul Sujud Aidilfitri.

“Tidak lama lagi akan dilancarkan, dengarkan la ramai-ramai,” ujarnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji dengan menyatakan bahawa Amy berkelayakan untuk bekerja sebagai pramugara.

“Wow, ada gaya pramugara.

“Boleh pula dia ‘phewitt’ hujung-hujung tu, hebat la Abang Amy.

“Boleh minta lagu Isabella?,” komen netizen. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This