‘Konti’ TikTok tempat Halim Othman ‘lepas geram’ mainkan lagu yang tak dapat dikeluarkan di radio

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BERPENGALAMAN selama tiga dekad dalam dunia penyampaian radio, Halim Othman bersyukur kerana teknologi terkini banyak memberikan dia peluang untuk meneruskan minatnya itu.

Menggunakan sepenuhnya TikTok sebagai langkah untuk tidak terus meletakkan titik nokhtah dalam karier seninya.

Menurut Halim atau Abdul Halim Othman,59, sejak lebih setahun lalu dia aktif bersiaran langsung menerusi media sosial tersebut.

“Sebenarnya saya dah lebih setahun setengah ke udara di TikTok. Saya akan live setiap Isnin, Rabu dan Jumaat pukul 10 pagi.

“Tapi sepanjang Ramadan ini saya ubah jadual kepada waktu sahur atau sebelum bersahur,” katanya kepada URTV ketika ditemui baru-baru ini.

Ujar Halim, banyak perbezaan jika hendak dibandingkan ke udara di konti radio dan TikTok.

Namun, dia bersyukur kerana dapat kembali bertemu dan berinteraksi dengan pendengarnya sejak zaman di stesen radio.

“Saya sebenarnya seronok dapat bertemu kembali dengan pendengar saya di stesen radio dulu. Yang dulunya saya sendiri tak pernah tahu rupa macam mana dan kebanyakkannya mereka ini sudah dewasa.

“Saya dah jadi sebahagian dalam hidup mereka. Yang betul-betul peminat, mereka akan masuk live saya. Di radio kita hanya lontarkan suara dan tak perlu fokus pada penampilan dan sebagainya.

“Tapi di TikTok, kita kena sentiasa tampil elok dan platform ini juga lebih intim kerana tahu dengan siapa kita ke udara. Perlu bahagikan fokus kepada banyak perkara,” jelasnya.

Lebih menarik lagi, sepanjang mengendalikan sesi siaran langsung di TikTok, Halim bebas memilih seleksi lagu yang sebelum ini tidak dapat diputarkan di stesen radio.

“Bila buat live di TikTok, saya dapat mainkan muzik keroncong Indonesia. Selain itu, lagu nyanyian Neil Diamond dan Ebiet G Ade juga saya dapat perdengarkan kepada pengikut saya.

“Ada juga dulu lagu-lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tak dapat dimainkan di radio kini saya berkesempatan untuk mainkan,” luahnya.

Pada masa sama, Halim mendedahkan ada ditawarkan untuk kembali menggalas tanggungjawab sebagai penyampai di stesen radio.

Bagaimanapun, tawaran tersebut masih dalam peringkat perbincangan dan belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Ya saya memang ada dapat tawaran itu tetapi kita tengoklah dulu macam mana. Sebab kalau ada pun, tempoh tawaran itu hanya bersifat sementara saja.

“Sebagai contoh sebelum ini saya ditugaskan untuk mengendalikan stesen radio Era FM di sebelah pagi selama enam minggu.

“Sejujurnya saya bersyukur dengan pengalaman yang diberikan sebab dapat mengulangi momen dahulu yang memerlukan saya bangun seawal pukul 4.30 pagi…pergi kerja pukul 5.30 pagi,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This