‘Akmal, mesej anda dah sampai, masa untuk ‘stand down’, KJ nasihat Ketua Pemuda UMNO

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh disarankan supaya stand down atau kembali bertenang susulan isu kontroversi melibatkan stoking tertera kalimah Allah yang dijual di cawangan kedai serbaneka, KK Mart.

Nasihat itu disuarakan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam episod terbaharu podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dihoskan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Menurut Khairy, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau sudah pun menyampaikan mesej jelas berhubung kemarahan umat Islam mengenai isu berkenaan.

Namun begitu, kata beliau, tindakan yang direncana Dr Muhamad Akmal untuk terus memboikot KK Mart dibimbangi boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Khairy berkata, ia memandangkan bukan sahaja tindakan undang-undang sedang berjalan bahkan pemilik KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai telah membuat permohonan maaf manakala Majlis Perbandaran Batu Pahat pula telah membatalkan lesen kilang pengedar stoking tersebut.

“Kita kena ambil iktibar daripada episod ini. Pertamanya, untuk orang Islam, kita kena renung adakah kita sudah melampau? Akmal, you’ve made point (anda telah berikan mesej jelas).

“Dalam hal ini, saya sebenarnya tak salahkan pun Akmal. Itu memang tugas dia sebagai Ketua Pemuda tapi kalau boleh bila dah ada tindakan daripada polis, majlis perbandaran dan Jabatan Peguam Negara, sampai masanya untuk stand down.

“Kita serah kepada pengguna Islam nak pergi KK Mart atau tidak,” katanya dalam podcast tersebut.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan mengingatkan Dr Muhamad Akmal untuk mengimbangi antara balasan yang setimpal berpandukan kepada semangat belas kasihan, bermaruah dan kemaslahatan umum.

“Yang minta boikot ini Ketua Pemuda UMNO. Yang diboikot ini adalah kedai milik seorang peniaga berbangsa Cina. Jadi kita faham subteksnya apa.

“Bila kita keterlaluan dalam hal ini, kemaslahatan umum iaitu hubungan yang baik antara kaum dan antara orang Islam dan bukan Islam boleh terjejas. Jadi sejauh mana tindakan kamu?”

Baca artikel lain: Boikot KK Mart: Akmal dedah terima ugutan bunuh, tidak berganjak pendirian

Stand down bukan kita mengalah. Stand down bukan bermaksud Pemuda UMNO mengalah tetapi ini nasihat daripada abang, bekas Ketua Pemuda (UMNO),” katanya.

Malah, Khairy mengatakan ini masa sesuai untuk kembali bertenang walaupun memahami kemarahan semua umat Islam.

“Bukan saya nak meringankan kesalahan ini tapi daripada 800 cawangan ada 13 cawangan (KK Mart) sahaja ada (stoking).

“Sebagai seorang muslim, saya faham, kita kata waima satu pun stoking kita akan marah. Itu betul tapi saya nak kata bukan di semua KK Mart ada.

“Kita marah (tapi) tindakan undang-undang sedang berjalan. Orang Islam sudah menunjukkan kemarahan, pemilik KK Mart sudah mohon maaf ‘macam eksekutif Jepun’, tindakan undangundang sedang berjalan dan majlis perbandaran sudah membatalkan lesen kilang berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stokin tertera kalimah ‘Allah’.

Pemuda UMNO juga memberi amaran akan memulakan boikot lebih kuat terhadap KK Super Mart sekiranya pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutan pergerakan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This