Dua lelaki warga asing cuba larikan budak perempuan ditahan orang awam

Dari Penulis

DUA lelaki warga asing ditahan orang awam selepas cuba melarikan seorang kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah dekat Klang Sentral, 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku ketika pengadu sedang menaiki eskalator bersama adik perempuan sambil memimpin tangan anak berusia setahun tujuh bulan.

Beliau berkata, secara tiba-tiba datang dua orang lelaki warga asing yang tidak dikenali dari arah belakang.

“Salah seorang suspek bertindak mengangkat anak pengadu dari arah belakang.

“Pengadu kemudian menjerit dan menarik semula anaknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

Katanya, kedua-dua suspek telah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari dari Mahkamah Klang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This