PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus pada 1 Mac lalu memberi kesan kepada kadar inflasi negara.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, ianya tidak memberi impak ketara apabila kadar inflasi dianggarkan meningkat 0.2 mata peratusan berdasarkan kajian dijalankan oleh Jabatan Statistik (DOSM).
Jelasnya, perubahan kadar SST lebih tertumpu kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan yang kurang membabitkan rakyat secara langsung.
Bagi mengurangkan beban rakyat ekoran daripada impak yang dibawa, katanya lagi, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk meningkatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendepani masalah ini.
“Kesan kenaikan inflasi saya setuju memang ada, cuma ia masih terkawal, masih rendah. Ada juga pandangan ada kesan kepada rakyat dan sebab itu kita cuba bantu.
“Umpamanya menambah STR dan beberapa tambahan kerana faham ada kesan kenaikan kos sara hidup, cara mengurangkan tekanan itu menambah STR.
Baca artikel lain: Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu lebih 80 peratus
“Dari segi harga kita juga akui bahawa ada sedikit kenaikan tetapi relatif atau ketimbang dengan negara lain…dalam isu beras jauh lebih rendah daripada Indonesia dan Thailand,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanyakan akibat kenaikan cukai SST dari enam peratus kepada lapan peratus.
Mohd Shahar juga meminta Perdana Menteri menyatakan jangkaan jumlah tambahan kutipan hasil negara daripada pelaksanaan semua langkah cukai baharu bagi tahun 2024.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

