KEMENTERIAN Pendidikan akan mengambil tindakan ke atas guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, jika siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku, kata menteri berkaitan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.
“Kementerian akan mengambil tindakan ke atas guru wanita tersebut setelah polis melengkapkan siasatan dan sehingga itu, kita akan patuhi segala prosedur ditetapkan sehingga siasatan selesai.
Baca artikel lain: Dipukul dengan penyapu: Murid gagal saman guru
“Bagi pelajar lelaki itu pula, kita berikan sokongan psikososial dan perlindungan sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pendidikan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Temu Mesra Menteri Pendidikan dengan Calon Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023, hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan berkata pihaknya telah merakam keterangan guru wanita berusia 37 tahun itu.
Ibu mangsa membuat laporan polis pada 12 Dis lepas mendakwa suspek mencabul anaknya ketika mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

