‘Akmal, jangan lempar batu sembunyi tangan’, AMK gesa Ketua Pemuda UMNO bertanggungjawab

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh digesa supaya bertanggungjawab atas ketegangan masyarakat yang semakin berlarutan susulan langkah boikot kedai serbaneka KK Mart.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi menegaskan seorang pemimpin politik seharusnya meredakan suhu api ketegangan kaum masyarakat kita yang majmuk dan bukan sebaliknya.

Bagaimanapun, Nabil berkata, Dr Muhamad Akmal seolah-olah masih berdegil dan sehingga kini masih berdalih serta tidak mengakui kesan disebabkan keghairahan dan keterlanjurannya dalam isu ini.

“Pemimpin muda harus radikal menjadi penyatu idealisme bangsa Malaysia dan bukannya menjadi pemecah fabrik sosial negara ini yang sudah dibina dengan asas yang kukuh oleh bapa-bapa negara bangsa Malaysia.

Baca artikel lain: Insiden lempar bom KK Mart: Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman

“Justeru, AMK menyeru kepada seluruh masyarakat untuk kekal bertenang serta beri ruang dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan tugas mereka dalam menyelesaikan kes ini.

“Kekalkan keamanan dan kerukunan hidup aman damai yang sekian lama sudah menjadi asas serta kekuatan negara kita yang berbilang bangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, satu lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart telah diserang dengan bom petrol dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.14 pagi.

Kali ini melibatkan cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan yang baharu beroperasi dua minggu lalu.

Itu merupakan kejadian kedua melibatkan cawangan KK Mart dibaling dengan bom petrol.

Sebelum itu, cawangan KK Mart di Bidor, Perak turut menjadi ‘sasaran’ balingan bom petrol.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

16 bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM

SERAMAI 16 orang bekas tentera telah mula melaporkan diri sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Isnin lalu. Pengerusi...

More Articles Like This