Pindaan perlembagaan Bersatu: Setakat ini tiada sebarang langkah susulan – Speaker

Dari Penulis

SETAKAT ini tiada sebarang langkah susulan diambil berhubung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberitahu, beliau masih belum menerima sebarang pemakluman berhubung kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu yang perlu mengosongkan kerusi mereka.

“Sehingga kini, saya tidak dapat sebarang surat atau apa-apa panggilan telefon, malah tiada sesiapa yang berjumpa saya untuk memaklumkan kelulusan ROS itu.

“Bagi saya, apa saja yang berlaku di luar Parlimen, itu di luar bidang kuasa saya. Pindaan perlembagaan Bersatu ini berlaku di luar Parlimen, jadi ia adalah hal parti dan permainan politik Bersatu.

“Saya pun tahu hal ini (kelulusan ROS) daripada media dan saya anggap tidak ada apa-apa yang berlaku sehingga ada pemakluman,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: SPR sedang mesyuarat bincang PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Johari mengulas keputusan ROS yang meluluskan usul pindaan perlembagaan Bersatu yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas (EGM) parti itu, 2 Mac lalu.

Pindaan itu membabitkan pelucutan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang turut menyiarkan salinan surat kelulusan ditandatangani Pendaftar Pertubuhan, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad, yang antara lain menyebut pindaan terbabit diluluskan dan boleh dikuatkuasakan mulai 1 April 2024.

Hamzah berkata, parti itu akan mengambil beberapa langkah susulan bagi memastikan segala tindakan selepas ini mengikut perlembagaan dan undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This