SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan ke atas pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah.
MCMC dalam kenyataan menegaskan, tindakan juga akan diambil terhadap hantaran atau komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan di antara kaum.
“Semua pihak perlu memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini.
Baca artikel lain: Pulau Kukup akan dibuka semula kepada pengunjung selewat-lewatnya Mei – EXCO
“Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R.
“Laporkan kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini.
Pada masa sama, MCMC menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat di media sosial melibatkan isu ini untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung logo kasut keluaran sebuah syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.
Ia susulan tular foto kasut yang memaparkan logo berkenaan sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Selain itu, JAKIM pula dilaporkan akan memanggil pihak berkaitan untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu hari ini.
Tegasnya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya dengan jelas membuat tindakan yang menghina Islam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

