Lelaki langgar beberapa kereta, rempuh polis di Taiping ditahan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PIHAK polis mengesahkan kejadian sebuah Proton Waja melanggar beberapa kereta dan cuba merempuh anggotanya di Jalan Persiaran Kamunting, Taiping, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya mengesan video tular menunjukkan dua Unit Kenderaan Peronda (MPV) dan dua Unit Ronda Bermotor mengejar sebuah kereta di Jalan Kamunting.

“Kejadian berlaku sekitar 5.45 petang ketika anggota dari Balai Polis Kamunting sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah. Mereka terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki.

“Apabila cuba memberhentikan kereta itu, pemandu lelaki tersebut bertindak memandu secara berbahaya dan melanggar beberapa kereta, selain cuba langgar anggota polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Namun begitu, kata Mohamad Nasir, polis berjaya menahan suspek dan merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan bagi tujuan jenayah pecah rumah

Selain itu, katanya lagi, hasil ujian air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis MOP.

“Dengan tumpasnya suspek, ia akan mengurangkan kes jenayah terutamanya pecah rumah di sekitar Taiping dan Selama.

“Polis menyeru kepada penduduk Taiping khususnya untuk terus menyalurkan maklumat bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1960.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This