Shuib sebak Talita dah masuk fasa akil baligh, Watie ingatkan perjanjian kena tidur bilik asing

Dari Penulis

PELAWAK dan usahawan, Shuib tidak dapat menahan sebak selepas mengetahui anak perempuannya, Dzakira Talita Zahra sudah memasuki fasa wanita atau akil baligh.

Shuib atau nama lengkapnya Shahmira Muhamad, 40, mendoakan agar Talita membesar menjadi seorang wanita solehah.

Malah, Shuib turut memberitahu momen tersebut akan dikenang sehingga akhiratnya.

“Satu-satunya anak perempuan daddy dah masuk ke alam dewasa, dah jadi anak dara.

“Hari ini kita akan kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat,” katanya menerusi hantaran video di Instagram miliknya.

Menerusi video tersebut, Shuib mengalirkan air mata sambil memeluk erat anak gadisnya yang turut sama menangis.

Sementara itu, Shuib turut bertanyakan kepada pengikut di Instagram sekiranya ada dalam kalangan mereka yang akan melakukan hal sama sekiranya perkara itu terjadi dalam keluarga sendiri.

“Saya je ke bapa yang sedih bila anak perempuannya dah melangkah alam dewasa? Ke bapa-bapa yang lain pun sama akan menangis?,” tulis Shuib. 

Pada masa sama, ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi turut berkongsi mengenai Talita yang sudah datang bulan atau haid di Instagram.

Siti Fatimah atau Makder memuat naik paparan skrin perbualannya di WhatsApp bersama Talita yang memaklumkan dirinya kemungkinan telah period.

“Ti (panggilan Siti Sarah), anak kau dah besar. Petang tadi pukul 5.34 petang video call Talita, sembang-sembang biasa dengan dia.

“Lepas tu entah kenapa saja tanya ‘Dekta dah period ke?’ lepas tu dia cakap belum. Pukul 6.48 petang, dia WhatsApp nak cakap dia dia dah period.

“Terkejut saya, baru saja tanya tak sampai dua jam. Saya pun call untuk suruh dia beritahu mummy (Watie). Alhamdulillah dah besar Talita,” tulis Mak Der.

Menjengah ke ruangan komen, Watie Hanifiah meninggalkan komen dengan memberitahu Talita sudah tidak boleh tidur di sebelah Shuib disebabkan dia sudah masuk alam dewasa.

“Perjanjian dah bermula. Dekta dah tak boleh tidur sebelah daddy,” tulis Watie.

Malah, netizen juga memberikan nasihat kepada Talita agar pandai menjaga diri selain menutup aurat dengan sempurna seperti arwah ibunya.

“Saya nangis tau, sebagai seorang ibu sebab teringat arwah ibu dia. Lagilah tengok posting Shuib tadi, saya lagi nangis. Semoga menjadi anak yang solehah Talita. 

“Tak tahu kenapa macam sebak. Tengok Dekta ni terus teringat arwah (Siti Sarah). Jaga diri okay Dekta.

“Alhamdulillah kakak dah besar maknanya kakak dah kena mula pakai tudung. Semoga kakak menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat,” komen netizen.

Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 3 tahun.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This