Pertama kali sambut raya sebagai isteri, Nabila Razali gementar balik kampung suami di Kelantan

Dari Penulis

PENYANYI terkenal, Nabila Razali teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman suaminya di Kelantan pada tahun ini.

Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, akui timbul perasaan gugup serta gementar apabila bakal bertemu berhadapan dengan saudara-mara daripada sebelah pihak suaminya, Nik Iruwan Nik Izani,39.

Menurut Nabila atau mesra disapa sebagai Bella, jika sebelum ini menyambut Lebaran dengan penuh glamor tetapi kini dia perlu menyesuaikan diri di tempat baharu dengan suasana yang berbeza dari kebiasaan.

“Bella pernah pergi Kelantan tapi untuk menyambut Hari Raya, tu kali pertama. Bella tidak tahu suasana raya di sana. Bella tidak tahu nak pakai pakaian apa. Itu adalah salah satu perkara yang Bella teruja tetapi gementar juga. 

“Sebab kita terbiasa ‘glam’ di sini. Kita nak jumpa saudara baru dan keluarga sebelah suami. Lebih kepada teruja dan saya rasa tidak ada sebarang masalah pun. 

“Semestinya bila kita datang negeri orang kena banyak perkara yang kita perlu jaga. Bella juga isteri dan orang yang dikenali mesti kena jaga tingkah laku kita dengan baik,” katanya kepada URTV.

Tambah Bella, suaminya hanya meminta agar dia menjadi diri sendiri dan mengenali setiap ahli keluarganya sahaja.

“Bila Bella tanya, dia hanya menjawab untuk menjadi diri sendiri yang penting kena jumpa keluarga dia.  

“Sebab waktu kami kahwin,  jemputan tidak begitu ramai. Mungkin ada pihak yang tidak sempat berkenalan. Jadi hari raya inilah masa untuk dekatkan diri dengan keluarga di sebelah suami.

“Bella lebih tertanya-tanya, nak kata gementar tu lebih gementar menyanyi daripada beraya. 

“Kita tidak tahu rentak dan cara perbualan macam mana. Jadi, perkara itulah yang Bella kena belajar. Sebab dalam perkhawinan segalanya tentang pembelajaran,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media pelancaran  lagu Raya Mana? di Shah Alam, baru-baru ini.

Sementara itu, Bella juga meluahkan bahawa raya pada tahun ini tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya yang penuh dengan persiapan. 

Namun, sebagai seorang isteri, dia diberi tanggungjawab untuk memastikan kelengkapan raya mencukupi.

Dalam pada itu, Bella juga berdoa agar perjalanan raya pada tahun ini dipermudahkan, bukan hanya untuk mereka berdua, tetapi juga untuk seluruh ahli keluarganya. 

“Sejujurnya tahun ni tidak semeriah tahun lepas yang dah ada persiapan baju pada setiap hari beserta sesi bergambar untuk majlis perayaan.  

“Berbeza pada tahun ini, suami lebih meletakkan kepercayaan kepada Bella untuk sediakan kelengkapan hari raya.

“Besar tanggungjawab sebenarnya, tapi tidak keterlaluan sebab suami jenis yang memahami asalkan bersiap di hari raya. 

“Harapnya, raya tahun ini dipermudahkan bukan buat kami berdua tapi untuk seluruh ahli keluarga juga,” akhirinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Tidak lekang di bibir kebergantungan mutlak kepada Allah’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi sebagai pemimpin muda yang...

More Articles Like This