Tiga lelaki maut, tiga lagi parah dirempuh kereta dipandu ‘mat ganja’ pagi Aidilfitri

Dari Penulis

TIGA pejalan kaki lelaki warga Pakistan maut, manakala tiga lagi parah apabila mereka dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Bidor, sekitar jam 8.10 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dari orang awam.

“Kesemua mangsa berjalan kaki ke masjid berdekatan dengan tempat kejadian, mereka hendak menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga, di mana kemalangan telah meragut nyawa tiga warga asing.

“Hasil siasatan mendapati kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan.

“Seterusnya suspek terlanggar enam individu pejalan kaki yang melalui bahu jalan itu.

“Akibat daripada kemalangan tersebut tiga warga Pakistan dalam lingkungan usia 20 hingga 35 tahun disahkan meninggal dunia, manakala tiga lagi parah dan dirawat di Hospital teluk intan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ahmad Adnan menambah, semua mangsa mempunyai permit dan dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, polis telah menangkap pemandu kereta terbabit untuk siasatan lanjut.

“Suspek telah ditahan kerana positif ganja dan akan direman pada Khamis di Mahkamah Majistret Teluk Intan bagi siasatan lanjut.

“Saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek berusia 36 mendapati dia positif dadah jenis THC (ganja).

“Polis turut menahan kenderaan terlibat bagi pemeriksaan Puspakom,” katanya.

Justeru katanya, siasatan kemalangan jalan raya itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan berlaku.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Insp. Mohd Amirrudin Shafiei di talian 013-9126959 atau 05-612 2222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This