“TERIMA kasih atas kesungguhan dan usaha Perdana Menteri memastikan keluarga saudara Nadir Al-Nuri disatukan semula.”
Itu kata Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang menghargai peranan dimainkan Perdana Menteri bagi memastikan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman keluar dari Gaza dengan selamat.
Dalam hantaran di Facebook, Ahmad Fadhli turut menyifatkan hubungan baik antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Mesir telah membolehkan misi tersebut direalisasikan.
“Tentu sekali ia memerlukan kepada perbincangan dan hubungan baik dengan Mesir khususnya bagi memastikan misi ini berjaya.
“Tahniah kepada saudara Nadir, tentunya ini hadiah hari raya yang paling berharga untuk beliau,” katanya.
Semalam, Muhammad Nadir dalam hantaran di Facebook mendedahkan Perdana Menteri sebagai watak utama dalam ‘misi gila’ membawa keluar keluarganya dari Gaza.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas kepulangan keluarga ke pangkuannya lebih-lebih lagi dalam suasana Aidilfitri tahun ini.
Menurut Muhammad Nadir, kisah bermula apabila beliau bersama sahabat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby berpeluang untuk menemui Anwar pada satu majlis di Shah Alam.
Baca artikel lain: PM syukur Nadir dan keluarga bersatu semula
Pada kesempatan itu, beliau sempat memberitahu kepada Anwar bahawa keluarganya terkandas di Rafah.
Bagaimanapun, beliau berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan itu hanya sempat membelek kiriman dan memberikan respon ringkas bahawa beliau akan bantu sebelum terus menaiki kenderaan ke majlis seterusnya.
“Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja, namun dalam surat, ada saya akhiri ayat dengan ‘Kepada ALLAH jualah kami berserah’. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada ALLAH.
“Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini,” katanya.
Beliau akhirnya kembali disatukan dengan keluarga dan turut menyifatkan proses membawa pulang itu cepat, teratur serta lancar walaupun penuh 1,001 cabaran tersirat yang tidak semua berhak untuk dikongsikan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

