Dua menteri Kabinet sepatutnya tahu kewujudan titah adendum – Akmal Saleh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DUA menteri Kabinet sepatutnya tahu mengenai kewujudan titah adendum (tambahan) agar Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Perkara itu menurut Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh boleh dilihat berdasarkan senarai saksi kritikal yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib.

Jelas beliau, saksi kritikal itu antaranya ialah Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)d Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

“Melihat kepada senarai tersebut, terdapat dua menteri Kabinet yang sepatutnya, tahu dan maklum seperti apa yang telah dinyatakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Oleh demikian tidak sepatutnya menjadi isu atau keraguan bagi mereka untuk memperakuinya seperti diperlukan melainkan ada niat yang lain. 

“Saya mohon untuk pihak yang bertanggungjawab untuk menjawab kepada persoalan ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid disahkan merupakan ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16. 

Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri berkenaan menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Menurut afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, Presiden UMNO itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This