RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan melawat dan menyantuni keluarga salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak, Selasa lalu iaitu Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi.
Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat mengadakan lawatan ke kediaman keluarga Allahyarham di Taman Senawang Perdana, Negeri Sembilan, hari ini.
Menurut hantaran itu, suasana pilu menyelubungi kediaman Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503 itu ketika lawatan Raja Permaisuri Agong bertemu balu Allahyarham, Siti Aisyah Mohd Roslan.
Raja Zarith Sofiah juga berkenan menyantuni dua anak lelaki Allahyarham yang berusia tujuh dan dua tahun.
“Seri Paduka Baginda meluangkan masa bertanyakan khabar balu, kedua ibu bapa dan dua adik arwah sebelum mengurniakan sumbangan peribadi kepada Siti Aisyah,” menurut hantaran itu.
Baca artikel lain: Upacara pengebumian 10 mangsa nahas helikopter selesai sepenuhnya – TLDM
Turut mengiringi keberangkatan Raja Permaisuri Agong ialah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Menteri Pertahanan Datin Seri Rosni Omar dan isteri Timbalan Menteri Pertahanan Dalilah Awaludin.
Mohammad Amirulfaris, 35, adalah antara 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter milik TLDM terhempas di Lumut, Perak semasa menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90.
Jenazah Mohammad Amirulfaris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan pada Khamis lepas.
Dalam insiden jam 9.32 pagi pada hari Selasa minggu lepas, dua helikopter iaitu Pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

