KETUA Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal disifatkan sebagai terlalu naif kerana tidak dapat membezakan antara ‘prinsip’ dan ‘manhaj’ atau kaedah perjuangan UMNO.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan UMNO tidak pernah menukar prinsip perjuangan.
Sebaliknya, kata beliau, parti itu hanya menukar kaedah, uslub dan manhaj mengikut keadaan masa dan perkara itu dibolehkan.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata, slogan ‘No Anwar, No DAP’ adalah manhaj sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang mana memperlihatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berlawan.
Namun, katanya, manhaj itu berubah selepas PRU-15 kerana keperluan mendesak yang memerlukan kerajaan dibentuk.
“Ia titah Yang di-Pertuan Agong. UMNO setuju. Bersatu dan Pas sahaja ingkar kerana bodoh sombong.
“Dia (Wan Ahmad Fayhsal) mentah dalam liku pemikiran politik. Dia cuma melalui liku liku pertukaran kerajaan. Masuk politik dengan mudah. Masuk terus jadi YB (Yang Berhormat).
Baca artikel lain: Jangan jadi menteri malas, nasihat Puad Zarkashi kepada Menteri Pendidikan
“UMNO pernah berkawan dengan Gerakan. Di awal penubuhannya parti itu dicop cauvinis. UMNO juga berkawan dengan Pas yang ketika itu isu mengkafirkan lawan panas,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mengulas lanjut, Mohd Puad yang juga ADUN Rengit berkata, UMNO sebenarnya adalah penyumbang kepada politik yang lebih terbuka menerusi kerjasama dengan DAP.
Beliau berkata, BN tidak menyertai PH sedangkan Bersatu dan Pas lebih awal bersekongkol dengan DAP.
“Hatta, mereka bergabung dalam PH dan Pakatan Rakyat.
“UMNO tetap menjaga prinsip bila bekerjasama. UMNO tidak dicucuk hidung dalam isu kalimah Allah. PH yang bisu. UMNO mewakili suara orang Melayu dalam kerajaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

