NUTP minta pengumuman keputusan SPM diawalkan, elak buat masa cuti sekolah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) diminta mengeluarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 lebih awal iaitu pada hari Khamis, 23 Mei ini.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon berkata, permohonan itu adalah kerana tarikh asal pengumuman keputusan SPM iaitu pada hari Isnin, 27 Mei adalah pada waktu cuti persekolahan.

Menurut Fouzi, guru-guru telah membuat perancangan awal sempena cuti persekolahan yang bermula pada 25 Mei.

“Jika mengikut kenyataan media KPM di mana keputusan yang akan dikeluarkan pada 27 Mei, kebanyakan guru-guru telah berada di kampung halaman masing-masing dan ada juga guru telah merancang percutian bersama keluarga masing-masing.

“Justeru, NUTP amat berharap pihak KPM dapat membuat pertimbangan semula agar keputusan SPM dibuat sebelum cuti persekolahan bermula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai rekod, guru dan murid sekolah akan mula menikmati Cuti Penggal 1 bagi sesi akademik 2024/2025 selama 10 hari iaitu pada hari Sabtu, 25 Mei sehingga hari Ahad, 2 Jun.

Baca artikel lain: Keputusan SPM 2023 dikeluarkan 27 Mei depan

Terdahulu, KPM memberitahu keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2023 akan diumumkan pada hari Isnin, 27 Mei depan.

KPM memaklumkan, calon yang bakal memperoleh keputusan SPM 2023 boleh mula berbuat demikian mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut daripada sekolah masing-masing.

Menurut kementerian itu, keputusan peperiksaan bagi calon persendirian pula akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Di samping itu, KPM memberitahu, calon juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2023.

Seramai 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This