Republik Kyrgyz minta bantuan Malaysia hantar penasihat kewangan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

REPUBLIK Kyrgyz menzahirkan hasrat meminta Malaysia menghantar penasihat untuk membantu mereka mengenai pengalaman dalam menguruskan infrastruktur kewangan selain reformasi ekonomi.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim usai mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Kyrgyz Sadry Zhaparov.

Dalam kunjungan itu, Perdana Menteri berkata, mereka turut membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama kedua-dua Malaysia dan Republik Kyrgyz termasuklah konflik Palestine dan isu Afghanistan. 

@Peluang itu juga digunakan untuk menerokai bidang kerjasama berpotensi antaranya ekonomi, industri halal, pendidikan, pelancongan, budaya, kerjasama antara parlimen, ekonomi digital, tenaga, ketersambungan dan perlombongan.

“Republik Kyrgyz juga meminta Malaysia menghantar penasihat untuk membantu mereka mengenai pengalaman dalam menguruskan infrastruktur kewangan selain reformasi ekonomi.

“Usai, kami kemudian menandatangani Kenyataan Bersama yang antara lain berkaitan kerjasama pelaburan, ekonomi, perdagangan, sebelum menghadiri resepsi santai,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This