Ekspresi Bulan Kebangsaan: Jangan kibar bendera rosak, pesan Menteri Komunikasi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEMUA pihak diingatkan agar tidak mengibarkan bendera yang koyak, uzur dan lusuh sempena Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, hal itu kerana mengibarkan bendera yang sempurna adalah gambaran diri sebagai warganegara bertanggungjawab dan cintakan negara.

Beliau berkata, bagi memakmurkan semangat semua, Kementerian Komunikasi mengetengahkan inisiatif yang dikenali sebagai 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG).

“Dengan terlancarnya Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024, maka bermulalah program permulaan menuju Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

“Jom kita kibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan premis masing-masing. 

“Namun, saya juga ingin ingatkan semua untuk kibarkan Jalur Gemilang yang sempurna,” katanya menerusi hantaran di X.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, media sosial rasmi Kementeri Komunikasi dan Jabatan Penerangan Malaysia juga bakal kongsikan kompilasi lagu-lagu patriotik yang dapat dimanfaatkan di sekolah, rukun-rukun tetangga, komuniti-komuniti Madani serta kampung-kampung.

Beliau berharap semua pihak dapat meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam suasana yang aman damai serta bersatu-padu, demi membangunkan negara tercinta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This