Polis siasat kes gaduh dipercayai babit anak bekas Exco Pulau Pinang

Dari Penulis

POLIS sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu dipercayai termasuk anak bekas Exco Pulau Pinang yang bergelar ‘Datuk’ di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town baru-baru ini seperti tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata kejadian itu berlaku pada 11 Mei lepas dan pihaknya telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak berhubung insiden berkenaan.

Baca artikel lain: Polis siasat beberapa insiden sama ada tindakan rambang atau terkoordinasi

“Setakat ini tiada tangkapan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Video berdurasi 43 saat itu memaparkan pergaduhan beberapa individu termasuk dua wanita.

Difahamkan seorang daripada yang terlibat dalam pergaduhan itu ialah anak bekas Exco Pulau Pinang yang bergelar ‘Datuk’ dan pernah berkhidmat dengan kerajaan negeri pada 1999 hingga 2018.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This