Penjaga parkir mengaku tak bersalah halang tugas anggota polis di Balai Dato Keramat

Dari Penulis

SEORANG penjaga parkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan menghalang anggota polis menjalankan tugas sentri di Balai Polis Dato Keramat, Ahad lalu.

Tertuduh, Supramaniam, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Adratun Naim Mohd Saidi, lapor Buletin TV3.

Mengikut pertuduhan, Supramaniam didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu seorang Lans Koperal berusia 25 tahun menjalankan tugasnya sebagai anggota sentri di perkarangan balai berkenaan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4 pagi, 19 Mei lalu di perkarangan Balai Polis Dato Keramat dalam Daerah Timur Laut.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tidak boleh mendekati atau mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Jun depan.

UtusanTV sebelum ini melaporkan. seorang lelaki ditahan selepas cuba merampas submesingan jenis HK MP5 milik anggota polis di pintu pagar Balai Polis Dato Keramat Ahad lalu.

Suspek dikatakan menunggang motosikal lalu menghampiri anggota yang sedang menjalankan tugas pada pukul 4 pagi sebelum meminta membuka pintu pagar.

Suspek kemudian diminta menyatakan tujuan ke balai berkenaan namun lelaki itu mengeluarkan kata-kata kesat selain menceroboh masuk perkarangan balai.

Susulan itu, anggota polis terbabit cuba menenangkan suspek tetapi gagal dan suspek secara tiba-tiba membuka topi keledarnya dan menyerang anggota berkenaan.

Tindakan suspek gagal selepas anggota berkenaan yang dibantu rakan setugas berjaya menahannya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 akta sama.

Suspek yang negatif dadah itu turut disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This