NAIB Presiden DAP, Nga Kor Ming dan Pakatan Harapan (PH) ketika ini dilihat seperti mengakui banyak melakukan silap dan janji kosong.
Itu reaksi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terhadap kenyataan Kor Ming semalam berhubung isu penyasaran subsidi diesel.
Kata Mohd Puad, hal itu dapat dilihat apabila Kor Ming menyatakan subsidi berfokus yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk memperbetulkan kesilapan silam.
“Sekarang baru Kor Meng tahu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) itu bagus. Tol percuma karut, hapus Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mustahil dan subsidi berfokus itu betul. Dulu fitnah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepuas-puasnya.
“Rujuk balik posting Rafizi Ramli bertarikh 21 Nov 2014. Rafizi dakwa hapus subsidi petrol dan diesel ‘adalah terkutuk, tidak bertanggungjawab dan memangsakan rakyat’.
“Ia ekoran pengumuman Najib untuk hapus subsidi petrol RON95 mulai 1 Disember 2014. Alasan Najib sama dengan PMX untuk elak ketirisan.
“Tetapi PH batalkan keputusan itu bila menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Kini macam menjilat ludah sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Puad menambah, tidak salah kerajaaan tebal muka untuk membetulkan kesilapan lama.
“Kalau tahu silap, kembalikan GST. Tidak rugi ambil pendekatan ‘tebal muka’,” katanya.
Semalam, Kor Ming dilaporkan berkata, hanya Anwar sanggup mengambil risiko melakukan reformasi penyasaran subsidi diesel, satu langkah yang penting kepada masa depan negara.
Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan MADANI tidak boleh membiarkan ketirisan subsidi yang dianggarkan bernilai RM4 bilion setahun terus dinikmati golongan warga asing.
Kor Ming berkata, setiap tahun kerajaan menanggung subsidi pukal lebih RM80 bilion untuk bahan api RON 95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan elektrik, yang mana seramai 3.8 juta warga asing yang tidak membayar cukai turut menikmati pengagihan subsidi itu secara salah.
Katanya, setiap hari lebih tiga juta liter diesel bersubsidi diseludup ke luar negara oleh sindiket membabitkan kerugian RM2 bilion setahun.
Dalam perutusan Negara kelmarin, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju menyelaraskan pemberian subsidi ke atas diesel dengan pelaksanaannya tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.
Perdana Menteri berkata, pengecualian itu diberi kerana kebanyakan keluarga di Sabah dan Sarawak menggunakan diesel untuk kenderaan harian mereka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

