Sekumpulan lelaki naik Vellfire tahan kereta kerana disyaki mencuri, kata polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung video tular memaparkan sekumpulan lelaki bertindak menahan sebuah kereta di Jalan Parit Besar, Pusat Perniagaan Old Street dekat Batu Pahat, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, semakan mendapati laporan telah dibuat oleh pemilik kereta Toyota Vellfire di Balai Polis Benut, Pontian.

Beliau berkata, pengadu mendakwa barangan milik isteri dipercayai telah dicuri oleh ahli keluarga sendiri.

“Menerusi rakaman video tular itu, pengadu merupakan individu yang cuba menahan sebuah kereta di tengah jalan tersebut.

“Kereta yang cuba ditahan tersebut adalah suspek yang disyaki mencuri barangan dan merupakan ahli keluarga pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian telah berjaya menahan suspek bagi membantu siasatan kes curi seperti yang dilaporkan.

Shahrulanuar beerkata, orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang kandungan tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu dengan mana-mana pihak berkuasa.

Katanya, perkara ini boleh menyebabkan salah tafsir oleh orang ramai hanya berdasarkan rakaman pendek yang tidak menggambarkan situasi sebenar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This