SPRM setuju lanjut tempoh dua anak Tun Mahathir isytihar harta

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengisytiharan harta bagi dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Memetik laporan BH Online, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, pelanjutan tempoh itu ditetapkan berbanding tarikh akhir kepada Mirzan dan Tan Sri Mokhzani masing-masing pada Sabtu, 25 Mei dan hari ini. 

Beliau berkata, peguam Mirzan dan Mokhzani juga telah berhubung dengan penyiasat SPRM mengenai pelanjutan tempoh tersebut. 

Namun begitu, Azam tidak memaklumkan tarikh baharu untuk dua anak Dr Mahathir itu melengkapkan pengisytiharan harta. 

“Kita tetapkan tempoh tarikh yang mereka kena mula isytiharkan.

“Jadi, kita setuju dengan yang itu,” katanya.

Baca artikel lain: SPRM tak tolak kemungkinan panggil Tun Mahathir

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM-ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024, hari ini.

Untuk rekod, Januari lalu, SPRM mengarahkan Mokhzani dan Mirzan untuk mengisytiharkan aset mereka bermula dari tahun 1981.

Kedua-dua anak Dr Mahathir itu perlu mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Jumaat lalu, media tempatan melaporkan kedua-dua anak Tun Mahathir memohon lanjutan tempoh pengisytiharan harta walaupun telah diberikan sebelum ini.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This