KPT sudah mulakan langkah penuhi keperluan tenaga mahir – Zambry

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) sudah memulakan langkah memastikan graduan tempatan memenuhi keperluan tenaga mahir.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beberapa mesyuarat telah diadakan dalam memastikan jumlah tenaga mahir yang diperlukan khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan semikonduktor.

“Kita semua sedia maklum kerancakan pelaburan langsung asing (FDI) yang sedang berlaku di dalam negara, maka adalah menjadi tanggungjawab kita.

“Tidak (hanya) tunggu dan lihat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan KPT, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar ini mengenai kedudukan Malaysia yang kini muncul sebagai hub semikonduktor dunia.

Tambah Zambry, kementerian mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan perancangan dan FDI akan datang memberi tempat kepada graduan tempatan.

Baca artikel lain: Rapid Rail catat lebih sejuta penumpang, tertinggi sejak penubuhannya

“Jadi kita telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berhubung perkara ini,” katanya lagi.

Berdasarkan statistik KPT bilangan keluaran graduan aliran Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di universiti awam (UA), politeknik dan kolej komuniti menunjukkan peningkatan pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, Zambry berkata, Malaysia begitu aktif berada di landasan antarabangsa yang mahu menghantar pelajar asing untuk melanjutkan pelajaran di negara ini.

“Mereka (negara luar) juga mencari model terbaik daripada Malaysia di dalam bidang pendidikan untuk di bawa ke negara masing-masing.

“Ini merupakan pencapaian besar Malaysia di peringkat antarabangsa dalam tempoh enam bulan ini hasil daripada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke beberapa negara yang antaranya saya iringi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This