Program Advokasi Jangkauan Kampung Orang Asli Negeri Sembilan MCMC menang WSIS 2024 di Geneva

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROGRAM Advokasi dan Jangkauan Kampung Orang Asli Negeri Sembilan yang dikelolakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memenangi Anugerah World Summit On The Information Society Prizes 2024 (WSIS 2024) yang diadakan di Geneva, Switzerland.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, program Advokasi dan Jangkauan Kampung Orang Asli Negeri Sembilan itu memenangi anugerah bagi Membina Keyakinan dan Keselamatan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Jelasnya, Anugerah WSIS 2024 yang diadakan selama lima hari sehingga hari ini itu memberi penghormatan kesemua projek cemerlang yang memanfaatkan penggunaan ICT untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pembangunan mampan di seluruh dunia.

Suruhanjaya itu berkata, anugerah itu mengiktiraf inisiatif MCMC yang berjaya memperkasa komuniti Orang Asli di Negeri Sembilan dengan mempromosikan amalan lestari melalui ICT.

“Projek ini telah meningkatkan komuniti Orang Asli dengan ketara dalam penggunaan ICT yang selamat dan membolehkan akses kepada sumber serta peluang.

Baca artikel lain: MCMC, UNOCD jalin kerjasama perangi jenayah siber di Asia Tenggara

“Ia juga merupakan bukti dedikasi MCMC terhadap kemampanan dan kemasukan digital,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, MCMC menyifatkan pengiktirafan itu bukan sahaja menyerlahkan usaha suruhanjaya tersebut tetapi menggalakkannya terus memacu inisiatif ICT yang memberi impak kepada komuniti yang kurang bernasib baik.

MCMC berkata, suruhanjaya itu menunjukkan pendekatan holistik yang bukan sahaja menangani keperluan segera ketersambungan dan celik digital dengan mengintegrasikan amalan mampan ke dalam usaha jangkauan ICT.

Katanya, ia juga bagi memastikan manfaat jangka panjang kepada alam sekitar dan sosial.

“Projek ini mendapat sokongan orang ramai yang kuat dan merupakan antara projek yang mendapat undian paling banyak dalam kategori tersebut sekali gus mencerminkan pengiktirafan meluas dan penghargaan kepada usaha kelestarian MCMC.

“MCMC kekal teguh dalam menggunakan ICT untuk menggalakkan pembangunan mampan, memupuk masa depan lebih inklusif, selamat dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar,” jelasnya.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This