MITI siasat isu syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan AS

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan melakukan siasatan lanjut susulan tindakan sekatan yang dikenakan oleh Amerikat Syarikat (AS) terhadap sebuah syarikat Malaysia berkaitan semikonduktor.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, perkara tersebut perlu dilihat sepenuhnya terlebih dahulu oleh MITI, selaku agensi penyelaras memandangkan syarikat itu antara kira-kira 300 syarikat di dunia yang dikenakan sekatan oleh AS.

“Lebih baik MITI memahami isu itu kalau ada apa-apa atau benar-benar berlaku,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Media antarabangsa melaporkan AS telah mengenakan sekatan terhadap kira-kira 300 entiti termasuk firma semikonduktor Malaysia, Jatronics Sdn Bhd kerana didakwa membekalkan tentera Rusia dengan komponen elektronik berkaitan.

Baca artikel lain: Hampir sejuta jemaah haji  tiba di Arab Saudi

Bagaimanapun, katanya, beliau difahamkan bahawa syarikat itu bukannya syarikat pengeluar semikonduktor tetapi syarikat perdagangan yang menjual perkakasan berkaitan industri semikonduktor.

“Malaysia adalah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka. Bagaimanapun, kita mahu mereka menjalankan perniagaan dengan cara yang betul.

“Oleh itu, biar siasatan dijalankan dan kita lihat hasilnya. Apa yang penting Malaysia tidak akan bertolak ansur kalau ada apa-apa yang tidak elok dilakukan,” katanya.

  • BERNAMA
  • Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
  • Ikuti langkah ini:
  • Langkah 1: Layari utusantv.com
  • Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
  • Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
  • Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
  • Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This