MOT diarah bantu siasatan dakwaan kontena syarikat kapal Israel di Iskandar Puteri

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) diarah membantu siasatan berhubung dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan itu penting supaya tiada lagi insiden sama berulang di mana-mana pelabuhan di negara ini.

Ini kerana jelas beliau, kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan Israel.

“Kita tidak ada hubungan diplomatik termasuk hubungan perdagangan secara langsung dengan Israel.

“Isu yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negerk Johor itu (isu kontena Israel) amat dekat kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, saya tidak fikir kita boleh berkompromi dalam hal ini.

Baca artikel lain: MITI siasat isu syarikat semikonduktor Malaysia dikenakan sekatan AS

“Saya harap Kementerian Pengangkutan dapat melakukan pemantauan terhadap perkara ini supaya tidak berlaku lagi termasuk kapal Israel berlabuh di mana-mana pelabuhan kita,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Halal On Track 2024@Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) Johor Bahru, hari ini.

Ahad lalu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilaporkan mengarahkan siasatan segera dilakukan terhadap kewujudan kontena syarikat perkapalan negara terbabit.

Beliau dilaporkan berkata, jika ada barangan Israel di mana-mana pelabuhan di Malaysia dengan menggunakan pihak ketiga, maka perkara itu harus dipantau pihak berkuasa.

Sabtu lalu, media melaporkan kewujudan kontena dari Israel itu menimbulkan tanda tanya dan keresahan dalam kalangan penduduk sekitar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This